Saturday, 22 December 2012

tiada erti kata putus asa

aku tidak tahu mengapa aku seorang yang tidak pernah kenal erti putus asa ? setiap hari aku lalui pelbagai situasi , melihat pengalaman orang lain membuatkan aku rasa keliru serta takut menempuhi hidup ini . . tetapi aku tidak tahu mengapa naluri aku tidak pernah mengenal erti putus asa .. kadang kala, aku juga pelik . setiap apa yang aku inginkan dalam hidup ini,pasti aku cuba untuk memilikinya ..

kerana aku dididik oleh allahyarham datuk aku, menjadikan aku seorang yang manja . setiap keinginanku pasti aku miliki . tapi kini bila dia tiada , setiap apa yang aku harapkan aku pasti cuba untuk dapatkan . oleh itu aku menjadi seorang yang tidak kenal erti akan putus asa . walau sesusah mana aku pastidapatkan apa yang aku inginkan ...

Monday, 10 December 2012

rusydi udy

pertemuan perpisahan hanya Allah yang tahu . aku tidak perlu salahkan takdir hidup . aku cuba untuk menerimanya walaupun jujur ia terlalu sakit . aku terlalu sayangkan dia . terlalu . tetapi mana silapnya sampai jadi begini . aku tahu dan aku sedar bahawa dia juga masih sayang pada aku . tetapi ..
kenapa kami perlu memutuskannya ? kenapa ia jadi sebegini ? persoalan aku tiada jawapan yang ku dapat . salah aku ke ? ya Allah , aku merasa begitu sakit . hati aku terlalu sakit . aku cuba untuk perbetulkan dan perbaiki mana yang silap tapi aku sendiri hampir terduduk . aku tidak begitu kuat . aku betul betul sayang kan dia .. tiada sebab untuk aku benci dia . sayang itu melampui segala benci yang ada . tetapi dia ? aku tahu dia sayang aku . tapi ..

ya Allah ... andai benar dia jodohku , kembali kan la dia kepada ku .walau selewat mana aku pasti menunggu . andai benar di lautulmahfuz tertulis jodoh kami , jangan kau gerak kan hati aku dan dia walau seinci pun . andai benar rusuk di badan ku ini milik nya, beri lah peluang kedua kepada kami berdua . jika aku terpaksa pergi sejauh yang boleh , berkorban sebanyak yang mungkin , menerima balasan sesakit mana pun , aku sanggup wahai tuhan ku . asalkan dia milik ku . . beri kan aku petunjuk serta jalan yang terbaik buat ku ..hanya rusydi udy ..

Sunday, 2 December 2012

Hanya Sekeping Hati

Kita sebagai manusia di beri sekeping hati yang perlu di jaga . jangan sesekali mengkotori nya dengan sifat dendam yang kita sendiri tanam kan . Hati yang bersih adalah sebesar mana pun kesalahan seseorang itu pada kita , tetapi kita tetap mampu memaafkannya . 
namun tidak semua orang akan mampu memaafkan orang dengan mudah . kita mampu memaafkan tapi sukar melupakan sesuatu kejadian itu . Forgive yes , Forget Not ! itu lah hakikat sesebuah hidup . semua orang tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan . Sekeping hati adalah ketua kepada organ kita , maka perlulah memelihara hati kita dari perasaan dendam atau sebagainya ..

melalui pengalaman aku , aku juga pernah membenci seseorang dan berdendam atas kesilapan yang dia lakukan pada aku . mungkin sesetengah orang tidak akan faham seperti mana kita yang merasanya ,tetapi .. dendam itu tidak perlu diteruskan . sesungguhnya lagi banyak kita menabur dendam , lagi besar kotoran di hati kita . 
aku mengambil keputusan memaafkannya . walaupun bertahun mengambil masa dan untuk  melupakan tapi sekurang2nya hati aku semakin tenang .
aku cuba perbaiki diri aku , setiap saat .. kerna aku yakin tiada seorang pun manusia yang sempurna di dunia ini dan terlepas dari melakukan kesalahan . 

Apabila kita memaafkan orang ,hati kita akan menjadi tenang setenangnya . Dan jalan yang terbaik adalah sentiasa berzikir kepada Allah . Allah akan sentiasa beri petunjuk pada kita . hapuskan perasaan dendam anda okey dan sentiasa memaafkan orang lain . Allah juga turut memaafkan umatnya :) renung renung kan .

Saturday, 1 December 2012

konvokesyen

Almaklumlah .. dah berapa lama aku tak update blog aku ni .. sekali sekala rase semua benda nak cite . Aku Norshahada binti Kamaruddin kini berstatus graduan dari Diploma Pengurusan Perniagaan Kerjasama Universiti Putra Malaysia . Impian memang ingin sambung pengajian ke peringkat Degree seperti seseorang yang aku sayang yang kiniberjaya menempatkan diri di UTM . tahniah awakkkk :) saya tumpang gembira n sedikit tumpang jeles pada awak .
aku tidak tahu bile aku diberi kesempatan untuk memegang segulung degree . banyak faktor yang menghalang aku untuk terus melangkah. senang kata , belom ada rezeki lagi . tapi aku yakin , pasti aku berjaya jugak sambung degree .

selamat berjuang wahai diri . pasti Allah permudahkan kamu untuk memiliki degree kelak . amin :)

gara gara RP

Presentation Rancangan Perniagaan pada semester terakhir memang seronok . Sumpah ! aku tidak akan pernah lupa peristiwa itu . kawan-kawan yang banyak bagi support . Bile dah habis study ni rasa teringin pulak nak buat presentation .. hahaha :)
just nak share rase rindu nie pada kawan-kawan segroup dengan aku dulu .

S312

dah lama da mengadap bolg aku ni .. rindu jugak ..
emm aku nak cite pasal satu benda yang aku sangat sayang . bukan kerana harganya mahal atau pun ianya menarik .. tetapi memori pada benda ini sangat mendalam .
phone yang aku beli pada 2009 menggunakan duit simpanan aku telah rosak . entah mana silapnya tetipa button phone tak bole tekan . huhhhh ! baru nak gosipp2 dengan kawan . aku tak akan cite kat blog kalau phone tu tiada nilai sentimental tetapi ia terlalu bermakna .
phone yang model nya sama juga dipakai oleh sesorang yang pernah ada dihati aku .. that why , phone ni aku sangat sayang . dan seseorang tu pun sudah pergi dari hidup aku , jadi aku tidak perlu membaiki phone tersebut . biar ia tetap rosak sebagaimana perasaan aku yang sudah rosak :( kan .. kan ..