Monday, 10 December 2012

rusydi udy

pertemuan perpisahan hanya Allah yang tahu . aku tidak perlu salahkan takdir hidup . aku cuba untuk menerimanya walaupun jujur ia terlalu sakit . aku terlalu sayangkan dia . terlalu . tetapi mana silapnya sampai jadi begini . aku tahu dan aku sedar bahawa dia juga masih sayang pada aku . tetapi ..
kenapa kami perlu memutuskannya ? kenapa ia jadi sebegini ? persoalan aku tiada jawapan yang ku dapat . salah aku ke ? ya Allah , aku merasa begitu sakit . hati aku terlalu sakit . aku cuba untuk perbetulkan dan perbaiki mana yang silap tapi aku sendiri hampir terduduk . aku tidak begitu kuat . aku betul betul sayang kan dia .. tiada sebab untuk aku benci dia . sayang itu melampui segala benci yang ada . tetapi dia ? aku tahu dia sayang aku . tapi ..

ya Allah ... andai benar dia jodohku , kembali kan la dia kepada ku .walau selewat mana aku pasti menunggu . andai benar di lautulmahfuz tertulis jodoh kami , jangan kau gerak kan hati aku dan dia walau seinci pun . andai benar rusuk di badan ku ini milik nya, beri lah peluang kedua kepada kami berdua . jika aku terpaksa pergi sejauh yang boleh , berkorban sebanyak yang mungkin , menerima balasan sesakit mana pun , aku sanggup wahai tuhan ku . asalkan dia milik ku . . beri kan aku petunjuk serta jalan yang terbaik buat ku ..hanya rusydi udy ..

No comments:

Post a Comment