Saturday, 22 February 2014

jodoh pasti bertemu - heart

Andai engkau tahu betapa aku mencinta .
Selalu menjadikan mu isi dalam doa kan ku . 
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta .
Ku pasrah kan hati , takdir kan menjawab nya .


Jika aku bukan jalan mu .
Ku berhenti mengharapkan kamu .
Jika aku memang tercipta untukmu .
Ku akan memilikimu , jodoh pasti bertemu .






Friday, 12 April 2013

memori bisnes student !

salam warga blog semua ..

aku terlalu stress malam ni , sebab terlalu banyak berfikir . jadi untuk hilang kan stress itu , aku on blog kejap . dah lame tak meluah kan perasaan kat sini . rinduuu :) hehe . maneII pun kita boleh luahkan rasa hati , tapi blog ni dah sebati . acap kali ada prob , mesti nak coretII di sini .. kan ? kan ?

orang kata bile dekat kita selalo nak bercakar bagai , bile jauh baru tau rinduu .. 
dulu masa belajar selalu berangan , bile lah nak grade ni . sekarang bile dah habis , rase nak lagi belajar . rindu dengan suasana kampus . dulu masa diploma , gilaII cikit . tak hirau apaII ,seronok kan .berkawan , study sesame . stay up ramaiII . makan samaII . Shopping samaII . sambut ramadhan samaII . sumpah aku rindu saat tu semua . tapi masingII dah jauh . mane yang sambung degree . mane yang dah ada komitmen dengan keluarga , anakII (untung lah kawen awal ) hehe .. :) hope sangat one day dapat semuka dengan kengkawan semua . sumpah ! aku rindu korang semua isk isk :) 

*walau banyak mana harta pun , tak kan dapat tandingi nilai sebuah persahabatan . take note ! :)



coretan di dapur

salam warga blog semua ..

oleh sebab terlalu sibuk dengan kehidupan ,sudah lama tak update blog ini . 

sejak kebelakangan ini aku sibuk dengan kelas , tutorial , assigment bagai . sampai nak spend time untuk on blog ini pun tak sempatII kan . 

untuk menjadi seorang wanita yang lengkap package nye , adalah wajib untuk tahu memasak . walau se simple mana masakan itu . bukan untuk diri sendiri tapi mungkin untuk hidangan orang lain . aku mengambil keputusan untuk join kelas masakan . at least masa aku tidak buang macam tu je kan ? selain dari ibu aku yang banyak mengajar resepi resepi hebat masakan , aku ni rajin tengokII blog orang berkaitan masakan ini . seronok la kalau dapat masak kan untuk orang ! betoi :) hehe .. semua orang aku pasti tahu memasak , tapi untuk dapat kan seni masakan itu susah . skill perlu ada . aku nak buktikan bahawa walaupun seorang wanita itu ada diploma degree sakali pun , asyik pegang pen dan kertas je . sebenarnya aku juga mampu memegang pisau yang ternyata mampu beri kepuasan pada semua :) 

tengokII lah gambar aku semasa dalam kelas masakan :) hehe

sempat lagi nak poseII bagai :)



tunjuk ajar dari SIFU ! hee .. :)








Wednesday, 20 February 2013

migrain

assalammualaikum warga blog semua . acap kali aku diserang sakit kepala atau migrain yang terlampau sangat . hari ini hampir hilang mood aku gara gara serangan migrain . anda semua pernah merasai ? lebih baik buat check up awal awal . sebab migrain ni memang sakit .

tanda tanda mungkin anda diserang migrain seperti saya adalah :
~kesakitan yang teramat sangat dikepala . berdenyut ! kebiasaanya kepala disebelah kiri . dan mungkin merebak kepada mata atau hidung
~pandangan menjadi silau , kabur dan gelap . ini boleh menyebabkan pitam atau pengsan secara tiba tiba
~tekak merasa loya, muntah dan kadang kala kaki dan tapak tangan menjadi sejuk
~pesakit akan menjadi sensitif pada bunyi dan suara . saat ini kemarahan mudah keluar ! awas .
~biasanya serangan akan berakhir 4 hingga 72 jam


cara nak hindari , ini juga aku slalu buat .
~elakkan stress atau tekanan yang kuat . kalau boleh cuba untuk ceria walaupun ketika ada masalah
~tetapkan jadual tido . mungkin tido tidak mencukupi menyebabkan migrain.
~jangan biarkan perut kosong terlalu lama .. akan bagi effect pada migrain
~jangan minum minuman yang ada kafien berlebihan seperti kopi .
~yang penting elakkan kan duduk berhampiran dengan orang yang menghisap rokok . kerana asap rokok itu sangat bahaya .


#okey ? ini adalah cara cara aku handle diri aku disaat serangan migrain . walaupun sakit sampai rasa nak menangis tapi ingat setiap kesakitan itu adalah satu cara menembusan dosa . cuba kawal dan hindari dari perkara yang mampu mencetuskan migrain ! :)

Wednesday, 13 February 2013

cara melupakan bekas kekasih

Jika anda mencari di dalam dunia ini , agak sukar untuk kita temui orang yang belum pernah merasa alam percintaan . Jika ada, mungkin tidak sampai 2 atau 3% sahaja . Rata rata ramai yang sudah merasa alam percintaan ataupun cinta cinta monyet . Namun semua perasaan itu muncul kadang kala bukan atas kehendak diri sendiri . Faktor persekitaran juga menyebabkan kita mudah terjerumus ke alam percintaan .

Tidak salah untuk kita menyayangi seseorang itu . tetapi harus diingatkan untuk kita memberi hati dan perasaan kita pada seseorang itu , kita sepatutnya sudah fikir secara rasionalis . Dimana sikap tergopoh gapah memilih pasangan bercinta menyebabkan hubungan tidak mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang . Memberi hati kita pada seseorang , bermakna kita sudah menadah tangan untuk menerima sebarang risiko . Namun apabila cinta tidak kesampaian ,janganlah kita menyalahkan diri sendiri atau bekas pasangan kita . Setiap apa yang terjadi terselit seribu hikmah yang kita sendiri tidak pernah menyangka . Putus cinta adalah salah satu proses kita mengenal diri sendiri . setiap pengalaman di jadikan pengajaran .

disini saya ada beberapa tips untuk insan insan yang kecewa kerana cintanya kecundang . dimana saya sendiri berada di situasi sebegini : hihihih

yang pertama, anda perlu membuang segala kenangan atau memori yang anda simpan bersamanya. sebagai contoh segala gambar2, nombor phone, alamat, hadiah istimewa seperti bunga ros , teddy bear .. semuanya anda patut buang atau kembalikn kepada tuan empunya . jika anda rasa serba salah, anda boleh simpan semua barang itu di satu tempat yang kita tak akan jumpa lagi ..

kedua, lumrah hidup .. bila melihat sahabat lain sudah berpasangan menceritakan perihal pasangan masing masing . kita pula sebuk jugak ingin berkongsi cerita . sedangkan kita lupa bahawa kita berstatus single. tidak perlu 24jam kita bercerita mengenai bekas kekasih kita pada kawan kawan kita. sebab dalam jangka masa waktu yang panjang kita akan merasa terlalu sukar untuk membuang dan melupakan pasangan kita .. please please .. setiap kali kita bercerita mengenai pasangan kita , setiap kali bertambah rasa itu . dan itu sebenarnya terlalu sakit untuk lalui .

Ketiga, jika dia sudah melupakan kita , tidak wajar kita mengingatkan dia atau meletakkan dia ditempat atau sudut istimewa dihati kita. kerana dia langsung tidak pernah nampak kita, jadi kita hanya perlu menganggap bahawa kita tidak pernah mengenali dia . dia tidak pernah muncul dalam hidup kita . supaya kita lebih focus pada life kita sekarang .

keempat , kita yang berada di posisi kekecewaan , ingatlah pada Allah .. setiap yang terjadi pasti ada jawapannya . andai bekas kekasih kita itu jodoh kita , dia pasti kembali . mungkin dia pergi seketika untuk memperbaiki dirinya , di mana suatu ketika nanti mampu memimpin kita. jika dia benar benar jodoh kita . jika tidak , mohon lah pada Allah untuk melenyapkannya dan menggantikan nya dengan yang lebih sempurna . kita kene belajar menerima sesuatu yang sudah tertulis untuk kita . belajar menerima sesuatu yang sudah diaturkan oleh Allah untuk kita . sedikit demi sedikit jawapan segala galanya pasti terbuka .

#putus cinta ini diibaratkan seperti hujan . walau selebat atau selama mana pun , ia pasti akan reda  jua .. dan kita mengharapka ada pelangi muncul setelah pergi berlalunya hujan . insyaAllah . pada mana mana individu yang merasa hampir terduduk putus asa gara gara kecundang dalam alam percintaan, jangan bersedih ! kerana anda sehebat hebat insan . hati dan perasaan anda sangat berharga. jagalah ia . peliharalah ia .. jangan sakiti jasad anda dengan menangisi pemergian orang yang tidak pernah nak hargai kita.sebelum jumpa pasangan yang tepat, kita perlu di uji . supaya kita lebih menghargai kebahagiaan yang dikecapi .. Aminnnn


moga allah pertemukan dengan insan yang lebih sempurna :)


keusahawanan menurut perspektif islam

hari ini saya ada public speaking . Dimana saya mengupas tajuk KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM  . ingin berkongsi sedikit sebanyak isi isi yang berguna untuk anda .

perkataan usahawan berasal dari perkataan perancis iaitu Enterprend . seseorang berbangsa Irish bernama Cantillom beri maksud usahawan sebagai individu yang mencipta keluaran pada harga tertentu . 
Menurut pandangan islam usahawan adalah proses pencarian dan pemanfaatan kurniaan Allah untuk diri sendiri,ummah.dan makhluk Allah yang lain sebagaimana yang di gariskan oleh Al-quran dan sunnah .

Sejarah keusahawanan bermula dari kejadian awal manusia dimana anak nabi Adam A.S  iaitu Habil dan Qabil yang mempelopori bidang penternakan dan pertanian . Rasullullah juga seorang usahawan berjaya sebelum menjalankan aktiviti dakwahnya sepenuh masa .

Hadith Rasullullah s.a.w bermaksud :

Usaha yang paling baik ialah usaha seseorang dengan tangan nya sendiri dan semua jual beli diredhai oleh tuhannya .

Generasi pertama islam telah melahirkan ramai usahawan islam seperti Abdurrahman bin Auf, Zubail Ibnul Awwam,Talhah bin ubaidillah dan shuhaib bin sinan .mereka ini adalah antara tokoh berjaya dalam bidang keusahawanan .

contoh: kehebatan Abdurrahman bin Auf pengendalian perdagangan dirakamkan dalam kisah terkenal ketika madinah menjadi gempar dengan kedatangan kafilah perdagangan mengandungi 700 kenderaan kepunyaan beliau. sungguh mengkagumkan .

# jadi kepada sesiapa yang berniat ingin menjadi usahawan , terutama masyarakat muslim di nasihatkan agar menitikberatkan serta mempelajari banyak benda atau tips tips dari Rasul kita sendiri serta berpandukan al-quran dan sunnah. Hal ini kerana segala sumber alam yang ada ini adalah kurniaan Allah dan hendaklah diuruskan dengan amanah dan cekap supaya dapat menghasilkan output yang maksimum . 

akhir kata : BERBISNES DI DUNIA , UNTUNG SAMPAI KE SYURGA  .

selamat beramal :)

Sunday, 3 February 2013

TIP TIP MENJAGA V



o   Ketika membersihkan daerah V, pastikan air yang digunakan adalah bersih dan bebas dari kotoran .
o   Sewaktu membilas Vagina , lakukan dari arah depan kebelakang untuk menghindari terjadinya perpindahan kotoran .
o   Cuci tangan terlebih dahulu sebelum membersihkan Vagina . Hindari dari menggunakan tisu yang mengandungi bahan pewangi kerana isu kandungan yang ada  boleh menyebabkan iritasi .
o   Pastikan daerah di sekitar bahagian intim kering sebelum berpakaian terutama ketika datang haid dan keputihan . Agar seluar dalam yang dipakai sentiasa berada dalam keadaan kering.
o   Gunakan seluar dalam yang bersih , tidak ketat , dan terdiri daripada bahan kapas yang boleh menyerap peluh . Digalakkan menyediakan seluar dalam extra supaya boleh digantikan ketika merasa lembap .
o   Jangan menggunakan sesuatu yang boleh menyebabkan kulit di sekitar Vagina iritasi seperti sabun wangi , bedak atau perfume .

~ untuk wanita wanita di luar sana :)