assalammualaikum warga blog semua . acap kali aku diserang sakit kepala atau migrain yang terlampau sangat . hari ini hampir hilang mood aku gara gara serangan migrain . anda semua pernah merasai ? lebih baik buat check up awal awal . sebab migrain ni memang sakit .
tanda tanda mungkin anda diserang migrain seperti saya adalah :
~kesakitan yang teramat sangat dikepala . berdenyut ! kebiasaanya kepala disebelah kiri . dan mungkin merebak kepada mata atau hidung
~pandangan menjadi silau , kabur dan gelap . ini boleh menyebabkan pitam atau pengsan secara tiba tiba
~tekak merasa loya, muntah dan kadang kala kaki dan tapak tangan menjadi sejuk
~pesakit akan menjadi sensitif pada bunyi dan suara . saat ini kemarahan mudah keluar ! awas .
~biasanya serangan akan berakhir 4 hingga 72 jam
cara nak hindari , ini juga aku slalu buat .
~elakkan stress atau tekanan yang kuat . kalau boleh cuba untuk ceria walaupun ketika ada masalah
~tetapkan jadual tido . mungkin tido tidak mencukupi menyebabkan migrain.
~jangan biarkan perut kosong terlalu lama .. akan bagi effect pada migrain
~jangan minum minuman yang ada kafien berlebihan seperti kopi .
~yang penting elakkan kan duduk berhampiran dengan orang yang menghisap rokok . kerana asap rokok itu sangat bahaya .
#okey ? ini adalah cara cara aku handle diri aku disaat serangan migrain . walaupun sakit sampai rasa nak menangis tapi ingat setiap kesakitan itu adalah satu cara menembusan dosa . cuba kawal dan hindari dari perkara yang mampu mencetuskan migrain ! :)
No comments:
Post a Comment