Wednesday, 13 February 2013

keusahawanan menurut perspektif islam

hari ini saya ada public speaking . Dimana saya mengupas tajuk KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM  . ingin berkongsi sedikit sebanyak isi isi yang berguna untuk anda .

perkataan usahawan berasal dari perkataan perancis iaitu Enterprend . seseorang berbangsa Irish bernama Cantillom beri maksud usahawan sebagai individu yang mencipta keluaran pada harga tertentu . 
Menurut pandangan islam usahawan adalah proses pencarian dan pemanfaatan kurniaan Allah untuk diri sendiri,ummah.dan makhluk Allah yang lain sebagaimana yang di gariskan oleh Al-quran dan sunnah .

Sejarah keusahawanan bermula dari kejadian awal manusia dimana anak nabi Adam A.S  iaitu Habil dan Qabil yang mempelopori bidang penternakan dan pertanian . Rasullullah juga seorang usahawan berjaya sebelum menjalankan aktiviti dakwahnya sepenuh masa .

Hadith Rasullullah s.a.w bermaksud :

Usaha yang paling baik ialah usaha seseorang dengan tangan nya sendiri dan semua jual beli diredhai oleh tuhannya .

Generasi pertama islam telah melahirkan ramai usahawan islam seperti Abdurrahman bin Auf, Zubail Ibnul Awwam,Talhah bin ubaidillah dan shuhaib bin sinan .mereka ini adalah antara tokoh berjaya dalam bidang keusahawanan .

contoh: kehebatan Abdurrahman bin Auf pengendalian perdagangan dirakamkan dalam kisah terkenal ketika madinah menjadi gempar dengan kedatangan kafilah perdagangan mengandungi 700 kenderaan kepunyaan beliau. sungguh mengkagumkan .

# jadi kepada sesiapa yang berniat ingin menjadi usahawan , terutama masyarakat muslim di nasihatkan agar menitikberatkan serta mempelajari banyak benda atau tips tips dari Rasul kita sendiri serta berpandukan al-quran dan sunnah. Hal ini kerana segala sumber alam yang ada ini adalah kurniaan Allah dan hendaklah diuruskan dengan amanah dan cekap supaya dapat menghasilkan output yang maksimum . 

akhir kata : BERBISNES DI DUNIA , UNTUNG SAMPAI KE SYURGA  .

selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment