Saturday, 19 January 2013

pintu taubat ..

Setiap insan dimuka bumi ini tiada seorang pun yang boleh lari dari melakukan kesalahan dalam hidup . Memang kita dilahirkan sudah disediakan dengan berbagai masalah . Cuma cara kita sahaja setiap insan yang menyelesaikan masalah itu dengan cara yang berbeza . Kehidupan ibarat sebatang titi yang terlalu panjang . Dipertengahannya pasti akan bergoyang . Jika iman kita kuat , kita pasti mampu melaluinya .. tanpa berpaut dengan apa saja . Tetapi jika kita tersilap langkah , melakukan kesalahan lalu terjatuh dipertengahan jalan , jangan risau Allah sentiasa ada bagi umat yang sentiasa mengingatinya .. 

Jadi apabila kita melakukan kesalahan semasa melalui perjalanan hidup , bertaubat lahhhh :) kerana Allah sentiasa ada . Sabda Rasulullah s.a.w :

'Tiap seseorang anak adam, sering berdosa dan sebaik2 orang yang berdosa adalah orang yang bertaubat '

seseorang yang bertaubat adalah kekasih Allah dan yang bertaubat dari dosa, samalah seperti orang yang tidak pernah berdosa .. (IBNU MAJAH) 

Jadi jika hidup ini dipenuhi dengan banyak kesalahan , taubat lahhh .. mohon pertunjuk Allah S.w.t
moga perjalanan laluan titian kita tiada bergoyang dan menerima musibah teruk .. 

No comments:

Post a Comment